♥ notakeciksaya ♥

Hello, My name is SUHAILA. I'm 18 for this year. As u know, i'm a female. I'm a good person with full of habit. I'm camera addicted. Mind ur own business. I'm using my camera. Not yours. I love to holiday. So don't ever disturb me while i'm holiday. Its my business. :) I feel free to talk about anything. But, please respect people while you re talking especially if u're boy. Everything is not important to me but i juz wanna have fun n enjoy my life! And, if you nice to me, i'll nice to you too. So, welcome to my blog and always follow my update okey. Thank you. Have a nice read :) ♥

November 30, 2009

Selamat Hari Raya

Hye semua. Masih terlambatkah untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Haji? Maaflah, tahun ni aku raya kat kampung and line kat kampung aku ni mcm biskut. Kejap dapat kejap tak dapat. Jadi aku terpaksa bersabar. Tapi, walaubagaimanapun aku sempat bawak pengaruh korea aku kat cousin aku. Hebat tak aku?? Dia dah gila korean sekarang. Hekhekhek. Tapi aku series rasa sedih sgt time nak balik cini. Aku rindu gilaa kat kampung. Rasa mcm tak nak balik je. Series aku rasa mcm nak nanges je. Emo kan? Tapi tu lah yang terjadi kat aku kalo aku stay kat kampung lama - lama n semua berkumpul. Memang happening gila. Aku tak sabar nak habis sekolah dan aku nak duduk kat kampung aku lama - lama. Mak aku dah bagi permission nak bagi aku tinggal kampung lama cikit bila aku dah habis sekolah nanti. Syook gilaa!

Btw, aku puas gila dapat main dengan adik sedara aku yang baru ni. Nama dia Alfa Faradiya. Setahun lebih je. Dia chumel sangat. Kenapa dia ni chumel sgt eh? Aku geram kat dia. Rase nak bwk lari je. Boleh kah? hehe. Tak apa, aku habis sekolah nanti aku boleh bwk dia pergi jalan - jalan. Sekarang aku boleh bawak die jalan - jalan kaki je kat titi. Nanti dah boleh bwk kereta. huaa.

Time nak tidurkan Diya.

Best sgt raya kat kampung. Walau tak mcm raya pun,tetap best sbb ramai sgt kazen best2. Aku rindu gila kat kampung. And..and.. aku rindu jgk org kat dekat - dekat dengan kampung aku tuh. Haha. Walaupun aku tak dapat jumpa dia tapi aku tetap sayang dia. Hahah. Ok lah aku dah merapu ni. Bubye..


Love, Suhaila.




+___+

November 22, 2009

Best sangat.!

Hari ni adalah hari paling best. Aku pergi hiking tadi dengan kawan aku. Daki bukit sampai kat empangan Dem tuh. Bukan sebarang bukit tau kitaorang naik. Bukit yang tinggi gedabak tu. Yang daripada jauh dah nampak batang hidung dia. Tutup mata pun dah terasa auranya. Hahaha, bengong betol. Perh. Aku rase mcm nak nangis je td. Penat sangat. Tapi tak de lah pulak aku tidur satu hari ni. B4 this aku x penat pun aku tidur. Aku mmg mcm ni. Unik kan. Huhu. Kaki aku mengalami kesakitan yang teramat sangat. Rase mcm lutut serta kaki aku mcm x cukup kuat untuk berjalan. Rase mcm bila jalan, mcm jeli je. Asek nak terjelupuk. Mmg tak cukup anlene ni. haha. Kauorang boleh bayangkan tak berapa lama aku berjalan? Dari rumah kawan aku tu kitaorang jalan kaki sampai ke rumah Mrs Eng tu. Boleh tolong kira x berapa jauh nyer perjalanan kitaorg? hish. Tuh belum kira lagi perjalanan nak kene redah Dem, nak daki bukit lagi.

Haha, disebabkan monyet punyalah banyak, kitaorang terpaksa ambik alternatif untuk melalui jalan susah dan berisiko. Monyet punya pasal, kitaorang terpaksa redah sungai yg boleh tahan deras jugak la air dia. Aku dah menjerit - jerit dah kat situ. Dalam kekalutan aku meredah sungai dengan barang aku yang begitu banyak (beg, kasut, handpone..hikhikhik. Bodoh kan aku pegi sangkut handpone kat leher. Mmg agak selamat la bila dah redah sungai deras lagi dalam tahap pinggang. Tapi naseb baik sempat diselamatkan. ), aku terpaksa melepaskan tongkat sakti aku yang aku gunakan untuk menghalau anjing. Sampai je kat tempat nak naik bukit tuh, anjing datang. Aku rase nak pergi je terjun balik Dem tu nak ambik tongkat sakti aku. Dah la batu aku, aku dah sedekahkan dekat pakcik yang mandi kat Dem tuh. Yang tinggal kat aku hanyalah spray yang untuk protection tu. Huhui. Sangat menyedihkan.

Wee~ dah nak naik bukit curam ni. Lagi sekali aku ternampak monyet. Ayoyo, tak anjing, monyet. Aku rase nak spray je biar die schoh jauh - jauh tak bertenggek kat pokok yang aku nak daki tu. Then, aku bertawakal je la bahawa dia juga makhluk nak hidup. Tapi pegi la hidup jauh2. Hutan punya lah banyak. Pokok tu jugak lah dia nak tenggek. Betol - betol atas kepala aku. Mmg nk tercabut la jantung kan bila aku tengah otw naik,aku pusing belakang. Aku rase mcm nak panggil je SOS supaya ambik aku balik rumah terus. Tinggi sgt. Disebabkan aku ni keturunan gayat sebelah mana aku tatau, mata aku mi tertarik asek nak pandang belakang je. Sebab cantik sgt bawah tu. Hehe. Kalau jatuh tuh, mmg aku rase selamat sgt2. Mengucap la dulu. Haha.
hye
Dah sampai kat atas tu, aku rase mcm dah hilang nyawa. Letih dia tak payah cakapla. Aku rase nk duduk je kat ats tu sampai bila - bila. Tak larat nak turun dah. Tak pun panggil helikopter. Tapi permandangan kat citu aku tak nafikan mmg cantik. Rase mcm tenang sgt. Nak berenang boleh tak? haha. Aku bawak spek tau sbb aku ni rabun. Bawak spek semata - mata nak tgk dem. Hebat tak aku? Hee, tiba - tiba aku rasa mcm nak hujan. Aku dah cuak dah. Baik aku balik sebelum nak hujan. Panas pun batu tuh dah licin, kalo hujan jangan cakap la. So, aku ambik keputusan aku nak turun sebelum hujan. Takut tersangkut nanti. Tengah - tengah sedap turun dengan kaki aku yg dah mcm nak patah tu,tiba - tiba kawan aku ternampak ular hitam keluar dari semak hutan. Adoi, aku tiba - tiba dapat kekuatan nak lari balik naik atas. Tak kisah la kaki aku bengkak ke, patah ke, senget ke. Janji aku nak lari dari ular tuh. Dalam fikiran aku dah terbayang mcm - mcm. Aku rasa nak nangis je. Aku takut ular tu naik ats then gigit aku. Tuhan je yang tahu mcm mana perasaan aku. Series takut. Aku tak pernah jumpa ular lagi. :(
Tp tak apa. Aku makan - makan dulu. Tengah makan tiba - tiba cinapek datang nak turun, mmg aku follow dia la. Dah la cepat gedabak dia turun. Tahu la pro. Saya ni first time pak cik. Ade ular pulak tu. Saya ni rabun, tak nampak ular tu kat mana. Boleh pulak dia berhenti kat situ tunjuk ular tu kat aku. Aku rase mcm nak sumbat je donut dalam mulut aku ni kat dia. Mmg cari pasal. Dia ni dah tahu aku penakut, boleh pulak nak kenalkan aku kat ular tu. Haish. Aku terpaksa menangis dalam hati apabila turun sbb kaki aku mmg dah tak larat langsung tp terpaksa gahkan jugak sbb nak kejar pakcik tu punya pasal. Rase mcm nak pengsan je. Kang kalo tertinggal alamat aku berkelah je la dalam hutan tu berbekalkan donut dan nasi lemak aku. Akhirnya aku sampai jugak kat bawah. Tak de tempat duduk pulak tu. Cis, mencangkung je la aku atas batu tu. Minun air byk2. Tuala aku tak payah cakap la sbb dah sememangnya basah waktu redah sungai tu. Hikhik.
Then kitaorg jalan balik. Tak kisah da dengan monyet sbb ular pun kitaorg dah nampak. Jadi buat dunno je bila nampak monyet tu. Yay! Aku tak takut monyet da. :) Haha,then kitaorg balik naik bas. Ye, tahu agak pelik tp kaki aku dah terjelupuk. No choice. Naik Bas. Then berhenti kat bustop, makan nangka n layan video shinee jap then balik. Perh. Mmg sangat penat tp aku rase bersyukur sbb dpt pengalaman yg tak semua org dapat. Pengalaman ni mengajar aku byk benda terutama jangan takut monyet dan jangan takut redah sungai yang deras, berbatu dan agak dalam cikit. K lah aku dah penat nak tido. Nite. Bubye.
suhaila :)
+__+

November 20, 2009

Happy :)

Huh. Hari ni last sekolah aku berjalan dengan sangat lancar. Aku datang sekolah dalam pukul 830 nak dekat pukul 9. Hebat kan aku? Cuak jugak. Aku text Nuzul n Hanna tp xde balasan. Jadi aku pun kol la handfon Nuzul. Hanna,Amni and Maira tengah lepak dekat kelas 4 Kreatif. Jadi aku pun join la jgk. Then after a few minute, Atikah Zaf datang dengan kawan die. Haa, ape lagi. "Gossip Time Girlz" . Pronouns die gedik cikit. Haha. Sikit je tak banyak tau. Sbb kitaorang tak gedik lebih2. Then kitaorang pun buatlah sessi fotografi version kitaorg. Konon - konon nak ikut pose SS501. Aku jadi Hyun Joong, Hanna jadi Young Seng, Amni jadi Jung Ming, Atikah jadi Kyu Joong, Nuzul jadi Hyung Joon. Maira jadi photographer. Sweet kan? Hehe


Friend forever :)

SS601 :)


korean fans :p


SS501

Erm. btw hari ini aku baru berkesempatan nak bukak and chat kat laman web Triples. Serious best gila. Dorunk semua sporting. Aku thanx gilaa kat Hanna sebab dia byk tolong aku bgtahu tips n petua dia tuh. And aku dapat ramai kawan. Mula2 aku agak segan nak chatting tp lama2 tu dorunk buat aku rase mcm best la pulak. Macam ada racun yang melekat kat citu. Aku tak boleh nak keluar dari tempat cbox tuh. Sebab addicted sgt. Haha. Aku dapat jgk chat dgn Jen, ketua Triples Malaysia. Perh, pandai bergurau la dia. Aku mula - mula takut sgt dengan dia. Lama - lama tuh ok la jugak dengan bantuan Hanna. Thnx Hanna. Miss u Hanna .


notaciput : Tadi masa aku nak balik, aku nampak helikopter lalu kat ats rumah aku. Aku babai la. Tak sangka pulak helikopter tu betul2 mendarat kat sekolah ambik Cikgu John. Aku babai kat helikopter tu sbb nk bgtahu org yg dia nak ambik tuuh cikgu aku. Haha. Gedik kan? hehe. Ok, kepada Cikgu John. Thnx sebab sudi mengajar sy walaupun berapa minggu je. We'll miss you Mrs. John. Kepada kawan - kawan aku, jangan lupa contact aku. Nak jumpa korang nanti. Kita hangout together k. Love u, Miss u korunk!! :)


Suhaila :)

+__+







November 18, 2009

MUST WATCH! GAGA

Hye. Aku baru lepas tgk video kat youtube ni. Tajuk Haptic Mission. Series best. Cerita ni kisah pasal Hyun Joong(Ji Hoo) , Kim Bum, Kim Jun dan Son Dam Bi. Dorunk ni terpilih untuk jadi pekerja dekat Syarikat Anycall. Cerita ni betul. Bukan drama or movie. Tp kisah perjalanan dorunk berebut nak dapatkan kerja kat situ. Serious best gila! kene tgk jgk! Cepat, cepat search kat youtube ' Haptic Mission' Serious tak tipu. Komfon akan tergelak gila babeng especially tgk Hyun Joong. Dia macam bodoh gila dalam cerita tuh. Haha. Rase nak ketuk2 aje kepala dia. And Kim Bum, dia memang handsome n smart gilaa dalam cerita tu. Kene tgk jugak. Menyesal kalo tak tgk. haha. Bye



Suhaila :)



+__+


Malas

hyep. Seriously aku mmg tengah malas nk bukak blog sekarang ni. And until now, aku mmg tatau nak tulis apa kat blog. Tak pe lah nanti bile aku dah ade mood balik, aku update la. Serious aku punye kemalasan tahap krtitikal nih. K lah aku nak layan youtube jap. gudnite.

Love, Suhaila :)

DITULIS PADA 151109 MASA: 12.00 TENGAH PAGI.

Perh, hari ni mmg penat giler la. Mane x nyer seawal 7 pagi lagi aku terpaksa bangun untuk siap2 bekerja. Ceh. Kerja gitu. Haha. Sebenarnya Nuzul mintak aku jadi petugas dekat Tadika Hillview dia. Jadi aku pun dengan sukararelanya terimalah. Sbb aku mmg suka kerja2 mcm ni. Janji upah jalan. Haha. Materialistic kan? Hoho. kebetulan Tadika Hillview ada buat Sports Day kat padang Sekolah Tamil. Ye, saya tahu ianya agak pelik tp biarlah. Bukan masalah aku. Haha. Jadi aku dan Amni pun dengan rasminya dilantik oleh Nuzul untuk menjadi petugas memberi makanan kepada tetamu dan budak – budak yang mengambil bahagian. Chumel siot..

Malam tuh aku tidur kat rumah atuk aku sbb opah aku pergi holiday kat Langkawi. So, aku tak sempat nak pack lagi barang – banrang yang nak bawak esok. Kebetulan pulak, kelas aku ada buat party kelas malam tuh. Jadi aku dan Nuzul terpaksa datang awl kerana khidmat kami diperlukan untuk membuat persiapan sebelum party tuh start pukul 8 malam. Disebabkan aku ni x siap pack barang lagi, jd ia menjadi satu masalah besar bagi aku untuk bangun lambat. Aku terpaksa bangun awl sbb nak kene balik umah ambik barang. Mmg kelam kabut la aku. Tapi aku kan dah janji nak berubah jadi seorang yang menepati masa. Heheh. Sharp 830 Nuzul datang amek aku kat padang sekolah agama dan bawak aku ke sekolah tamil. yippie :)

Tepat pukul Sembilan, baru aku, Amni n Nuzul diizinkan memberi makanan kat ibu bapa. Punya lah malu sbb bekas yang kiteorang terpaksa isi makanan tuh separuh kecik dari beg sekolah. Haha. Jadi makanan yang muat dimasukkan sangatlah sedikit. Bile dah habis, terpaksa pergi balik ke kereta untuk ambik makanan lagi. Ibu bapa yang tak dapat tuh dah memendang jee. Haha. Serious malu! Kene ulang alik dari kereta ke padang sbb makanan yang kiteorang bawak xcukup and cepat sgt habis. Hahah x:!Then, kiteorang lepak kejap kat kantin sbb nak rehat. Konon – konon penatlah kan. Hahah! Padahal tak de ape lah sgt. Aku, Nuzul and Amni mencuci mata dengan tgk tarian Gee. Hahah. Mmg mcm orang gila. Tp tak lama pun sbb kiteorang dah kene start buat kerja balik habiskan makanan bg kat ibu bapa dan kemaskan padang. Selesai semuanya, kami diberi upah sebanyak rm 15 . Cukuplah tuh. Haha.

After sukan tuh habis, aku tumpang kat rumah Nuzul sbb petang nanti kiteorang terus nak pergi rumah Zafirah. Jadi khidmat aku lagi sekali diperlukan untuk tolong Nuzul masak. Fuh, ori siot. Ni first tima aku masak makanan berat yang betul2 real punya. Bangga ni. Hoho xo! Kiteorang masak Mash potato and masukkan ikan pari yang nak dibakar kat dalam daun pisang. Ini mmg betol2 masak nih. Haha. Dekat 3 jam la jgk nak menepek kat dapur tuh. Dalam pukul 4 mcm tuh siaplah dan kitaorg rehat kejap sbb dah mmg letih yang teramat. Huh? Amat meletihkan lagi apabila terpaksa pergi rumah Zafirah awal sbb nak kene tolong diorang buat persiapan. Kesian pulak. Aku dah la penat gilaa tyme tuh. Tp aku gah kan diri jgk pergi rumah Zafirah ikut Nuzul sbb aku mmg tatau rumah dia kat mana. Jadi aku pun ciap2 lah pergi rumah Zafirah pakai skirt labuh warna campuran putih, pink, purple, T shirt lengan panjang warne pink putih belang2 and tudung pink. Funky tak? Haha. Disebabkan aku tak bawak baju lebih jadi aku pakai je la baju tuuh untuk pergi party nanti sbb baju yang aku pakai pagi tadi dah kotor and busuk. Huaa..~

Party start dalam pukul lapan mcm tuh. Tak ada apa sgt yang menarik sbb aku terpaksa balik awl sebab dah pukul 10 setengah malam. As usual la ade makan2, game2 and sumelah tp aku terpaksa balik awal. Ayah aku bising nanti kalau balik lewat sgt. Jadi aku pun tumpang Nuzul balik rumah. Tapi yang aku paling happy sbb kawan – kawan kelas aku buat kejutan untuk aku, Faris n Zairin sbb birthday kitaorang bulan 11 and 12. Dorunk siapkan kek and buat suprise untuk kiteorang. Memang muka aku terkejut la sbb aku tak expect ada nama aku. Birtday aku lagi 2 minggu jd aku ingatkan birthday sape lah tu. Muka aku blur gila sampai kena marah dengan semua. Time kat depan tuh, aku rase mcm artis la pulak. Byk sgt kamera tangkap gambar kitaorang. Heheh! Best gilaa. Thnx kawan – kawan. Series rasa mcm dihargai gilaa. Ok, Cukuplah aku cakap yang aku mmg tersangatlah letih sbb dari pagi tak rehat langsung. Dan sekarang aku tak larat and nak tidur. Mmg harapan sgtla aku nak datang sekolah esok. Sorry cikgu. Ok lah aku rasa entry aku ni panjang sgt la. Haha. K lah nak masuk tidur dulu nih. gudnite. Bubye.
Love, Suhaila.

November 10, 2009

healthy knowledge.

Hye, baru lepas surf internet tentang healthy and beauty. Bukan la nak jadi cantik tp mcm tertarik dengan web die yang menampilkan mcm2 cara untuk sihat dan cantik dengan cara yang betul. Dulu aku ade cari jugak website mcm nih dekat magazine tp rupanya magazine tuh dah lama dan web tuh pon mcm dah tak ada lagi. Tapi kali ni aku ambik dari magazine yang agak baru jugaklah. Then aku surf la. Ade lebih kurang 3-4 la web die. Tp most of it more to healthy disamping ada la beauty cikit2 tp tuh kat beberapa website je.Serious banyak gilaa tips2 kat cini. Aku tatau kenapa aku suka bnda2 yang berkenaan dengan laman web ni. Tak kisah lah apa2 tp most of it dalam bidang yang aku minat la. Aku ni kan pelik sikit. Minat benda yang seturn org tak minat. Kalau aku dah minat tuh, aku survey sampai lubang cacing. Byk koleksi aku minat bertabur kat dlm buku it aku. Haha.
Kat cini korunk boleh try untuk dapatkan maklumat tentang everything that u want to know about. Contoh mcm penyakit2 ke, masalah berat badan or ape2 je lah. Laman web ni akan sedia memberi segala maklumat berkenaan dengan masalah atau maklumat yang korunk ingin tahu dengan lebih lanjut. Mmg kalau korunk tekan sikit je, berderet maklumat yang keluar. Laman web ni sgt bagus untuk org seorang yg berpengetahuan luas.
Bagi mereka yang sedang berdiet ataupon tertarik berkenaan dengan healthy ni, laman web ini sedia membantu korunk untuk dapatkan tips2 diet yang betul. Mungkin ramai yang tak tahu dan tak faham apa yang dimaksudkan dengan diet sebenar. Di sini korunk boleh dapatkan tips2 kesihatan, tentang diet disamping banyak lagi tips yang korunk rase agak berguna la untuk korunk. ok lah, tuh je entry yang aku dapat tulis. Sory agak mcm 'saler' sikit. ahha! bubye.


notaciput : Ade sapa2 boleh kenalkan aku dengan photographer tak? i need a photographer now. Need to learn something. Tak profesional pun tak pe as long as die adalah photographer yang mahir tangkap gambar and kreatif dalam bidang fotografi. Pliz..plizz..if ade tolong inform kat aku eh. Thnx all, bubye.

sekian dari saya,

suhaila :)

+__+

November 9, 2009

Nak tidur plizz..

Serious weh aku rasa mcm nak tidur dan tinggalkan semua homework atas meja ni. Dah la kepala aku berserabut tgk bilik aku yang mcm tunggang langgang. Buku bersepah2. Ni semua sebab exam la ni. Merata - rata buku aku campak. Dengan tak cukup tidur nyer. Mmg best la kan? Ingatkan nak rehat jap after exam tp rupanya banyak lagi kerja. Nak kene hantar semua homework.

Hurm, aku dah decide nak tidur lambat la cikit tp phm2 je la aku ni kan penakut tahap kritikal punye. ahha! so, jalan yang terbaik sekali ialah tidur di bilik adik aku bwk laptop, broadband n kerja skolah semua. haha! Bagus kan? Ops lupe jangan lupe bawak baju sekolah sekali. Tadi tak sempat nak gosok. huhu, k lah nak sambung buat homework sambil layann video korean jap. Baru pas tgk video Shinee.... serious best! K. bubye!



sekian dari saya.
suhaila :)
+__+

November 8, 2009

uurgh! kerja sekolah lagi .

Haiyoo, tension betol hidup aku kalau mcm nih. Dah habis exam masih lagi kena siapkan kerja. Tahulah dah nak spm. Tp exam pun x lepas seminggu lagi dah kene hantar itu lah, ini lah. Banyak btol kerja kene hantar. Dari nota ke latihan n yang paling aku rimas sekali adalah PEKA. Naik biul otak aku dari awal tahun tak habis2 dengan peka. Ade dua pulak tuh. Physic and Chemistry. Semuanya nak kene hantar ecok. Tak boleh awal lagi ke cikgu? Aku ni dah la tak pernah faham dengan PEKA yang aku buat. Main tulis je ape yang aku tahu. Janji kene hantar. haha. Ni la contoh pelajar yang x baik. Jangan ikut taw. hoho :x

Sekarang ni ku tengah otw nak kene siapkan PEKA physic. Sakitnya hati sbb tyme experiment tuh aku kene ambik exam ekonomi asas. Dah la susah gedabak. Kalau snang x pe lah jugah sbb lepas tuh nak kene menghadap experiment pulak. Haish, dah nasib badan. Punye la susah nak mati ekonomi asas tuh. Aku dah bape kali tidur dah x dapat jawab. Serious susah gila wei. Aku tak nak ambik ekonomi dah!! Nak ambil tasawur je. Lgpon kerajaan bg ambik sepuluh subjek je kan? hehe (baru nak relize yang kerajaan bg ambil sepuluh je. Selama ni degil jgk nak ambik sebelas. Alasan kerajaan tak bagi surat hitam putih lg. So, boleh ambil banyak. Alasan saje2 nak belajar. Rajin kan aku. Huaaa)

Ni lagi satu aku nak tanye ni. Dari semalam aku asyik fikir ape lagi peka yang cikgu chemistry nak tuh? Bukan ke expriment dah habis? Kalau nak kate experiment yang sebelum xam tuh mmg aku ingat sgt lah experiment ape yang aku buat sebelum exam hari tuh. Dah la buku tak de. Dah kene bg balik. Cakap dgn aku nak copy jwpn dari mane? Internt pliz! haha. mmg ade la kan internet nak keluarkan formula chemistry yang senget tuh. Haha. Kenapa la teknologi kite x canggih lg? Tak de ke orang nak buat komputer yang boleh keluarkan jawapan expriment? haha! serious aku mmg rela beli komputer banyak2.

Family aku sekarang ni tengah happy tgk tv. Aku kat cini tngah merana nak kene buat PEKA. Dengan nota physic lg nak kene hantar. Mmg seronok sgt minggu ni nak kene hantar semua kerja sekolah. Aku suka sgt2. Terima kasih cikgu kerana menyenangkan hati saya dengan mengatakan homework 10% markah diambil. Rase mcm nak meraikan je.. hish! Aku baru ingat nak online nak pegi usha muke KIM BUM aku tuh. Tgk2 kene ciapkan PEKA. Hot je. Kim Bum ..... arrgh! cakap pasal Kim Bum, aku nak tanye ni. Kenapa lah dia ni cute sgt eh? Geram betol. Rase mcm nak cubit2 je muka die biar penyek. Cute sgt la. Rase mcm nak pinjam kejap la muke die. Bole tak Kim Bum? Kenapa la Ji hoo aku tuh tak mcm tuh? hahah! Tak pe, pape pun, Syaiful aku pon chomel jgk kan? hihihi :x

cute kan, kan, kan????

sekian dari saya,

suhaila :)

+__+

November 7, 2009

hello! hello! :(

yeppa! yeppa! hello, serious lama gila x update blog. Dekat 3 minggu siot. Tp yg x best nye. bile aku mula nak start blogging balik, msti ayat aku dah x sedap dah. Then aku pon dah xde mood nak berblogging. mcm org lopek je kene belajar balik bahasa sedap nak buat blog. sumpah teruk gila. Haha, finally final exam dah habis. Sumpah lega gila weh. 3 minggu aku mcm org sawan nak exam. Punye lah serabut kepala hotak. Dan sekarang tengah serabut lg tp serabut pk mcm mana nak menjalankan misi mengemas bilik? bersepah sgt. Tulun saya pliz. hoho :x
Arrgh. Sumpah geram. Sebenarnya aku dah tulis panjang lebar dah dekat entry ni. Tp tibe2 internet rosak and stuck jd die tanak simpan aku punye entry ni dekat draft. So, bile aku bukak baik, entry yg panjang lebar aku buat tuh free2 je hilang. Sangat seronok rasanya kene buat balik. Geram betol. Sejak 2 menjak ni mcm banyak kali je internt rosak. Asal aku nak gune je die rosak. Asal die rosak je time tuh la aku gatal nak ber-blogging. Time adik aku guna x rosak pulak. hish! Geram betol . K lah aku nak pg merajuk jap. Tension gile dgn broadband yg satu ni. Dah la laptop rosak. Buat sakit ati je kene pakai laptop org. Dah dapat pakai laptop org, broadband pulak rosak. Tahniah Suhaila! K lah, bubye :D


sekian dari saya,
suhaila :)
+__+